INFO

KAMBING PIC

SOALAN & JAWAPAN MENGENAI IBADAH AQIQAH / AKIKAH

Apa itu Aqiqah/ Akikah?Dari segi syara’ : binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi.

 

Kenapa kena laksanakan ibdah akikah /aqiqah? Rasulullah bersabda “setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke-7 (daripada hari kelahirannya), dicukur rambutnya dan diberi nama” – riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan Ibnu Majah.

Disyariatkan oleh rasulullah saw “bayi tergadai dengan aqiqahnya.” – riwayat At-Tarmizi.

Sebagai tanda ibu bapa mensyukuri nikmat mendapat anak. Ianya juga sunnah Rasulullah S.A.W.

 

Siapakah yang patut melaksanakan akikah? Ibu bapa kepada yang mendapat anak.


Hukum Akikah / Aqiqah? 
Sunat muakad – sunat yang sangat-sangat dituntut. Jika tidak dilaksanakan amatlah rugi.

 

Berapakah akikah yang terbaik untuk anak lelaki dan anak perempuan?Yang terbaik untuk anak lelaki adalah 2 ekor kambing; manakala untuk anak perempuan seekor kambing sahaja.

Hadis dari Siti Aisyah R.A “Rasulullah S.A.W. telah menyuruh kami mengerjakan aqiqah bayi lelaki 2 ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya dan bayi perempuan seekor kambing” – riwayat At-Tarmizi.

Dalam kes anak lelaki, aqiqah seekor kambing pun sah kerana Rasulullah mengaqiqahkan cucu beliau Hasan & Husain dengan seekor kibasy – riwayat Abu Daud.

 

Bilakah hari yang terbaik untuk laksanakan akikah?Sebaiknya dilaksanakan pada hari ke-7 mengikut sunnah Rasulullah atau hari ke-14 atau ke-21 atau selagi dia belum baligh.

 

Kambing akikah sebaik- baiknya masak bagaimana? Cara masakan yang terbaik? Sunat daging aqiqah dimasak manis diambil sempena dengan manis@elok perangai anak nanti tetapi nak masak apa jua juadah juga dibolehkan.

 

Jika saya sudah akikahkan anak lelaki saya dengan seekor kambing, kemudian saya ingin menambah seekor lagi kambing untuk akikah anak lelaki saya, boleh ke? Boleh untuk membuat yang terbaik untuk anak kita. Aqiqah terbaik untuk lelaki adalah 2 ekor kambing.

 

Apakah amalan- amalan lain selain akikah / aqiqah pada hari ke 7 ? Selain aqiqah, disunatkan juga mencukur rambut dan memberi nama yang baik pada hari ke-7.

 

Jika saya terlepas hari ke 7 untuk laksanakan akikah, masih bolehkah saya buat akikah?Boleh buat. Sebaik-baiknya laksanakan aqiqah sebelum anak itu baligh. Tetapi sekiranya anak itu sudah baligh atau sudah dewasa maka ibu bapa juga bertanggungjawab untuk melaksanakan aqiqah kerana itu tanggungjawab mereka.

 

Saya baru berkahwin dengan saudara baru. Adakah perlu melakukan akikah untuk suami saya? Harus melakukan akikah untuk suaminya.

 

Aqiqah / akikah ini perlu dilakukan setiap tahun ke?Aqiqah hanya dilakukan sekali seumur hidup.

 

Bolehkah orang lain seperti datuk, nenek atau pakcik buatkan akikah untuk anak kita?Boleh kerana Rasulullah sendiri mengaqiqahkan cucu baginda iaitu Hasan & Husain kerana ingin membantu anak beliau. Dengan tujuan ibu dan ayah kepada anak tersebut tidak berkemampuan lagi.

 

Saya ada anak angkat, perlukah saya akikahkan untuk dia? Hukum sunat muakkad itu sudah tidak lagi, jatuh hukum sunat. Tetapi sebagai mensyukuri mendapat anak itu maka sunatlah diaqiqahkan juga.

 

Bolehkah saya akikahkan anak yatim? Boleh dan digalakkan. Niat untuk membantu mereka untuk diaqiqahkan.

 

Anak saya meninggal dalam kandungan atau sebelum sempat hari ke7 sedah meninggal, perlukah saya buatkan akikah ? Hukumnya bukanlah sunat muakkad tetapi sunat. Ianya sebagai tanda mensyukuri mendapat anak. Semoga kita mendapat syafaat daripada beliau sebagai anak kita.

 

Read more: http://www.ezqurban.org/faq/#ixzz3xZhM4pQp